Posts

Showing posts from February, 2020

KEYBOARD

Image
  Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin bercerita tentang keyboard. Pada setiap hari Ahad saya akan ke kelas keyboard di sekolah. Saya akan berlatih bersama-sama kawan saya. Guru yang mengajar bernama Sir Bu Chee Seong. Sir Bu sangat baik dan sabar mengajar kami. Pada tahun lepas, saya dan kawan-kawan telah mewakili Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana ke pertandingan keyboard di Johor Bharu. Terdapat 10 buah sekolah yang telah bersama-sama dengan kami. Saya dan kawan-kawan telah mendapat anugerah perak. Kami sangat gembira. Sebelum persembahan Saya bersama dengan keluarga Adik saya bermain ukelele Saya dan kawan-kawan membuat persembahan Pada tahun ini saya masih bermain keyboard. Saya berharap pada tahun ini dapat mewakili sekolah lagi dan dapat menang anugerah emas untuk sekolah. Doakan saya ye kawan-kawan. Ok jumpa lagi. Bye bye

SATU HARI DI ZOO NEGARA

Image
Pada 21 Disember 2019,saya dan keluaraga telah ke Zoo Negara.Semasa kami tiba di sana, papa  saya telah membeli tiket dan kami sekeluarga telah masuk ke dalam zoo. Sebelum memasuki zoo, kami telah mengambil gambar. Selepas mengambil gambar itu,kami telah memasuki kandang burung. Kami boleh melihat pelbagai jenis burung yang sedang terbang. Selepas itu, kami telah pergi melihat pertunjukkan haiwan. Pelbagai haiwan lain juga yang boleh kami lihat seperti harimau, zirafah, monyet dan lain-lain lagi.          Selepas selesai berjalan-jalan, kami telah berehat untuk makan dan minum di kafeteria. Kami terus pulang ke rumah kerana kepenatan. Saya berharap papa dan mama akan membawa kami melawat ke Zoo Negara sekali lagi. Saya dan adik-adik sangat seronok.   Sekian sahaja cerita saya di Zoo Negara.  Jumpa lagi. Bye bye 😍

KELUARGA SAYA

Image
Assalamualaikum & happy smile everyone! Hari ini saya ingin menceritakan tentang keluarga bahagia saya. Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan saya merupakan anak pertama. Saya mempunyai 3 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adik perempuan saya bernama Raisha, Qaifa dan Qalesya. Adik lelaki saya pula bernama Qayyum. Saya sangat sayang dengan adik-adik saya.   Dari kiri: Qayyum, Qaifa, Raisha, Saya dan Qalesya Papa saya bernama Che Kamal. Seorang jurutera dan menjalankan perniagaan dalam bidang minyak dan gas. Papa seorang yang penyayang dan bijak.Mama saya pula bernama Rodiffa.Seorang pegawai alam sekitar dan menjalankan perniagaan dalam bidang minyak wangi.Mama seorang yang penyayang dan peramah. Saya sayang keluarga saya.Saya akan menjadi seorang anak yang baik,anak yang bijak dan anak yang solehah. Ok,Jumpa lagi bye.                                  ...

Welcome To My Blog

Image
Assalamualaikum & Happy smile everyone! Welcome to my blog.  Today I am officially as a new blogger 😍. This is my journal and i am willing to share to everyone. I will write about my life, family, friends and everything that i i love to share.                                                       Guess which one me?🥰 So stay tuned everyone. Bye bye!